Sunday, December 9, 2018

FESTER - CEMAR

FESTER-CEMAR


FESTER adalah singkatan daripada festival teater. Setiap kolej akan menghantar wakil pasukan untuk melakonkan satu cerita pendek. Saya sudah semestinya menyokong Kolej Aminnudin Baki. Teater bagi Kolej Aminnudin Baki berlangsung pada 9 Disember 2018 bermula pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul kira-kira 10.30 malam. Tiket diperlukan untuk menyaksikan teater ini dan bayaran dikenakan sebanyak RM5 sahaja dan hanya dibuka kepada pelajar UKM.


Kolej Aminuddin Baki membawa cerita yang mengisahkan seorang pemuda yang tersangat tinggi budi bahasanya namun difitnah sehingga ke dimasukkan ke dalam penjara. Selepas tamat sesi hukuman, Azman pulang semula ke rumahnya yang ditinggali oleh adik dan kakaknya. namun begitu, adiknya, Wani tidak menerima kepulangan abangnya kerana dia menyalahkan abangnya yang menyebabkan , dia dan kakaknya terpaksa menanggung malu dan dihina oleh penduduk kampung. Nak dijadikan cerita, Wani berusaha untuk menghancurkan abangnya kerana dendam. Dia meminta pertolongan daripada ramai pihak termasuk sanggup bekerjasama dengan musuh abangnya iaitu, Zaki. Namun begitu, Zaki enggan untuk mengikuti kemahuan Wani yang memintanya untuk membunuh abangnya. Pengakhiran cerita ini, Wani bertekad untuk membunuh sendiri abangnya dengan menghidangkan masakan yang telah dibubuh racun kepada abangnya. Dan akhirnya Azman mati ditangan adiknya dan Wani hampir menjadi gila kerana takut atas kematian abangnya. Kisah begini amat dekat sekali kerana semestinya perkara ini sering berlaku.

Melalui kisah teater ini, pelbagai pengajaran kita dapat perolehi. Sebagai contoh, sikap kesabaran Azman menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Walaupun pada pengakhiran cerita ini agak menyayat hati namun sikap kesabaran yang ditunjukkan dari awal sehingga tamat boleh diapplikasikan dalam kehidupan kita pada masa sekarang. Selain itu, "air dicincang takkan putus" perlulah sepatutnya diamalkan oleh setiap adik-beradik kerana sejahat mana pun seseorang abang,
kakak mahupun adik, mereka tetap sedarah sedaging. Sekiranya mereka menghadapi sesuatu ujian sepatutnya adik-beradik la yang membantu dan tidak sepatutnya membuangnya.

Sesungguhnya cerita pendek ini yang dilakonkan sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya agar sentiasa menghargai orang sekeliling teutamanya adik-beradik. Oleh itu, festival sebegini sangat digalakkan untuk dianjurkan pada setiap tahun kerana sudah pasti cerita yang disampaikan akan terselit pengajaran dak iktibar yang boleh diambil. :)

No comments:

Post a Comment

OPERASI KHIDMAT BAKTI

OPERASI KHIDMAT BAKTI - SISWA BERSAMA KOMUNITI, MERINGAN BEBAN MENCURAH BAKTI Operasi khidmat bakti ini dianjurkan oleh Kolej Aminuddin...