Thursday, November 29, 2018

HARI PERBARISAN


HARI PERBARISAN
Hari perbarisan ini disertai oleh kesemua kolej UKM. Setiap kolej perlu membuat perbarisan serta menunjukkan tarian mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan tema "SAYANGI MALAYSIAKU".Setiap kolej mempersembahkan tarian yang memukau. Setiap pergerakan tarian yang ditunjukkan mempunyai maksud tersirat kepada pelajar agar menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu tidak mengira agama mahupun bangsa. Setiap Kolej membuat tarian yang kebanyakkannya menggabungkan tarian kesemua kaum bukan sahaja melayu, india dan cina bahkan turut mempersembahkan tarian kaum kadazan dan sebagainya. Semangat yang dipersembahkan dalam tarian mampu menyampaikan aura semangat patriotism kepada semua yang melihatnya. Alhamdullilah Kolej saya iaitu Aminnudin Baki berjaya mendapat hadiah tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 beserta trofi.



Wednesday, November 28, 2018

FUN RUN

FUN RUN <3

Ini merupakan kali pertama saya menyertai acara larian sebegini. Acara ini dianjurkan oleh pihak UKM. Para peserta boleh memilih sama ada untuk menyertai larian bagi 5 km atau pun 10 km. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 25 bagi 5km manakala RM 50 bagi 10 km untuk orang awam. Bagi pelajar UKM akan mendapat harga yang lebih berpatutan. Setiap peserta akan memperoleh sijil penyertaan beserta pingat.

Saya memilih untuk menyertai 10 km. Pengalaman yang sukar untuk digambarkan bagi menghabiskan larian sejauh 10km. walaupun kepenatan ty tak dapat dibendung, tetapi apabila sampai je kat garisan penamat sebuah perasaan susah nak gambarkan betapa seronoknya dan semestinya puas! walaupun menjadi salah seorang peseta yang paling lambat sampai, saya tetap berasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya menamatkan larian ><.

Seperi yang diberitahu, acara ini bukan sahaj dibuka peluang kepada pelajar UKmM sahaja malahan terbuka juga kepada orang awam. Terdapat juga golongan kanak-kanak yang menyertai larian ini. Oleh itu, ini menyebabkan saya tidak berputus asa untuk menamatkan larian kerana golongan kecil ini lebih bersemangat membuatkan saya pun bersemangat saya pun bersemangat hahaha. Alhamdullilah untuk pengalaman yang diperoleh. Semoga saya mempunyai peluang di lain masa untuk menyertai program larian sebegini yang sememangnya mempunyai 1001 kebaikan.



SATU PAKET MAMPU MENYELAMATKAN TIGA NYAWA


MINGGU MENDERMA DARAH. MENDERMA KOMUNITI 2018/2019.

Ini merupakan pengalaman yang cukup berharga buat diri saya sendiri kerana berjaya menjadi salah seorang penderma darah. Pada mulanya, saya agak takut untuk menderma kerana takut tengok darah dan takut sakit haha. Tapi bila ada kawan yang nak menderma jadi saya pun bersemangat nak menderma sekali. Memula memang rasa mengigil juga bila nak kena cucuk jarum di bahagian hujung jari untuk tahu jenis darah apa tapi kuatkan semangat je haha. Rupanya tak sesakit seperti mata yang melihat hahah. Selepas dapat tahu keputusan sama ada boleh menderma atau tak barulah kita akan ke next stesen jeng jeng iaitu menderma darah untuk satu paket. Alhamdullilah untuk peluang yang diperoleh dan saya pasti akan menderma lagi sekiranya ada pihak yang menganjur untuk menderma darah. ‘SATU PAKET MAMPU MENYELAMATKAN TIGA NYAWA” bak kata Aliah. Walaupun memang seram untuk menderma apatah lagi bila dia nak cucuk jarum tu, tapi sebenarnya bila dah selesai proses menderma darah akan datangnya satu perasaan puas yang teramat sangat kerana setidak tidaknya kita tahu darah tersebut akan disalurkan ke golongan yang amat memerlukan. Jadi, jom sama-sama kita menderma ! ><

Sunday, November 25, 2018

TEDUHAN KASIH


TEDUHAN KASIH
Rumah Bakti Nur Ain Selangor. Rumah yang menempatkan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa yang berumur sekitar 4 tahun hingga 17 tahun. Perasaan yang susah untuk digambarkan. Rasa sedih, bersyukur, gembira semua dikisar menjadi satu. Sedih melihat mereka yang masih kecil terpaksa hidup berdikari terutama bagi kanak-kanak yang baru berumur 4 tahun yang masih memerlukan perhatian dan ingin dimanja sepenuhnya oleh insan yang bergelar ibu dan ayah. Namun, tak semua mempunyai nasib yang berbeza dan pasti setiap apa yang berlaku mempunyai hikmah yang telah tertulis. Bersyukur. Saya dapat belajar untuk bersyukur kerana masih mempunyai nikmat yang paling berharga di dunia. Mempunyai seorang ibu dan seorang bapa yang sentiasa prihatin walaupun sudah menjangkau usia 20 an. Alhamdullilah. Gembira. Gembira melihat mereka tertawa. Gembira melihat mereka tersenyum ria. Walaupun pastinya di belakangnya perit untuk menyimpan rindu tapi Alhamdullilah mereka masih bergembira. Itu cukup membuat saya gembira melihatnya.



Semasa di rumah tersebut, kami telah mengadakan beberapa aktiviti yang boleh memberi kegembiraan kepada mereka. Tapi sebelum itu, kami telah mengadakan sesi kenal-kenalan dan seterusnya dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti yang dianjurkan. Selepas tamat menjalankan beberapa permainan bersama mereka, kami mendakan sesi merapatkan ukhuwah antara ahli kumpulan dengan anak di rumah Bakti tersebut. Selepas selesai aktiviti yang menyeronokkan, kami yang merupakan mahasiswa ukm diberi tugasan secara kumpulan untuk membersihkan kawasan sekitar di rumah bakti tersebut. Selpas selesai melakukan aktiviti sukarelawan pembersihan, kami dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari sebelum pulang semula ke ukm.

Terdapat satu kanak-kanak yang bernama Syamir. Berumur 8 tahun. Kampung di Johor tapi dihantar tinggal di Rumah Bakti Nur Ain. Sendirian. Dulu saya waktu di matrik pun boleh dikatakan sering kali menangis walaupun rumah tak la jauh mana tapi tetap nangis. Inikan pula budak yang berusia 8 tahun yang terpaksa bersendirian tanpa adanya ahli keluarga. Dia kuat dan sangat kuat. Semoga menjadi anak yang soleh dan dapat berpegang tangan dengan ibu bapa menuju ke syurga.

Program sebegini saya memberi impak yang positif kepada diri sendiri terutamnya. Saya berharap saya masih dapat diberi peluang untuk menyertai program sebegini.



Friday, November 16, 2018

HARI KEUSAHAWANAN 18/19

HARI KEUSAHAWANAN KOLEJ AMINNUDIN BAKI 18/19

Hari keusahawan kolej Aminuddin Baki telah dijalankan selama 4 hari bermula pada hari isnin (12/11/18) sehingga khamis (15/11/18). Hari keusahawanan ini telah dikendalikan oleh biro keusahawanan. Setiap biro perlu menjalankan jualan mengikut kreativiti masing-masing bagi menarik minat para pelanggan untuk membeli. Saya merupakan biro kebajikan yang bermotokan "kebajikan anda keutamaan kami". Kami bersepakat untuk menjual "yong tau fu", "roti obesiti" dan "ice blended". Kami perlu membuat sendiri kuah bagi yong tau fu. walaupun tak berpengalaman tapi kami tetap cuba hahaha. Pada hari pertama jualan, kuah yong tau fu agak masin dan terdapat beberapa pelanggan membuat aduan dan salah sorang pelanggan tersebut merupakan ahli biro kami hahaha. Melalui program ini kami dapat merapatkan hubungan antara ahli biro walaupun kami berbeza kos dan fakulti.

Walaupun penat kerana selepas kelas akan terus ke kedai untuk menjual namun ini adalah antara pengalaman yang paling menyeronokkan kerana memasing menjalankan peranan masing masing. Aktiviti menjual bagi hari keusahawanan ini bermula pada pukul 5 petang sehingga 11 malam. Walaupun pelanggan yang membeli rata-rata adalah pelajar dari kolej Aminnudin Baki itu sendiri, namun jualan tetap memberangsangkan.

Pada hari terakhir kemuncak program ini, rata-rata biro meriah dengan suara-suara untuk menarik pelanggan bagi menghabiskan jualan masing-masing. Pada malam itu juga, ada beberapa persembahan penutupan seperti dikir barat dan ucapan daripada pengetua kolej. Dan pada malam ini kedai ditutup lewat daripada biasa. Alhamdullilah ini merupakan satu pengalaman yang seronok untuk diceritakan.








OPERASI KHIDMAT BAKTI

OPERASI KHIDMAT BAKTI - SISWA BERSAMA KOMUNITI, MERINGAN BEBAN MENCURAH BAKTI Operasi khidmat bakti ini dianjurkan oleh Kolej Aminuddin...