TEDUHAN KASIH
Rumah Bakti Nur Ain Selangor. Rumah yang
menempatkan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa yang berumur sekitar 4 tahun
hingga 17 tahun. Perasaan yang susah untuk digambarkan. Rasa sedih, bersyukur,
gembira semua dikisar menjadi satu. Sedih melihat mereka yang masih kecil
terpaksa hidup berdikari terutama bagi kanak-kanak yang baru berumur 4 tahun
yang masih memerlukan perhatian dan ingin dimanja sepenuhnya oleh insan yang
bergelar ibu dan ayah. Namun, tak semua mempunyai nasib yang berbeza dan pasti
setiap apa yang berlaku mempunyai hikmah yang telah tertulis. Bersyukur. Saya
dapat belajar untuk bersyukur kerana masih mempunyai nikmat yang paling
berharga di dunia. Mempunyai seorang ibu dan seorang bapa yang sentiasa
prihatin walaupun sudah menjangkau usia 20 an. Alhamdullilah. Gembira. Gembira
melihat mereka tertawa. Gembira melihat mereka tersenyum ria. Walaupun pastinya
di belakangnya perit untuk menyimpan rindu tapi Alhamdullilah mereka masih
bergembira. Itu cukup membuat saya gembira melihatnya.
Semasa di rumah tersebut, kami telah mengadakan beberapa
aktiviti yang boleh memberi kegembiraan kepada mereka. Tapi sebelum itu, kami
telah mengadakan sesi kenal-kenalan dan seterusnya dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk aktiviti yang dianjurkan. Selepas tamat menjalankan beberapa
permainan bersama mereka, kami mendakan sesi merapatkan ukhuwah antara ahli
kumpulan dengan anak di rumah Bakti tersebut. Selepas selesai aktiviti yang
menyeronokkan, kami yang merupakan mahasiswa ukm diberi tugasan secara kumpulan
untuk membersihkan kawasan sekitar di rumah bakti tersebut. Selpas selesai
melakukan aktiviti sukarelawan pembersihan, kami dihidangkan dengan jamuan
makan tengah hari sebelum pulang semula ke ukm.
Terdapat
satu kanak-kanak yang bernama Syamir. Berumur 8 tahun. Kampung di Johor tapi
dihantar tinggal di Rumah Bakti Nur Ain. Sendirian. Dulu saya waktu di matrik
pun boleh dikatakan sering kali menangis walaupun rumah tak la jauh mana tapi
tetap nangis. Inikan pula budak yang berusia 8 tahun yang terpaksa bersendirian tanpa adanya ahli keluarga. Dia kuat dan sangat kuat. Semoga menjadi anak yang soleh
dan dapat berpegang tangan dengan ibu bapa menuju ke syurga.
Program sebegini saya memberi impak yang positif kepada diri
sendiri terutamnya. Saya berharap saya masih dapat diberi peluang untuk
menyertai program sebegini.
No comments:
Post a Comment