MINGGU MENDERMA DARAH. MENDERMA KOMUNITI 2018/2019.
Ini merupakan pengalaman yang cukup berharga buat diri saya
sendiri kerana berjaya menjadi salah seorang penderma darah. Pada mulanya, saya
agak takut untuk menderma kerana takut tengok darah dan takut sakit haha. Tapi
bila ada kawan yang nak menderma jadi saya pun bersemangat nak menderma sekali.
Memula memang rasa mengigil juga bila nak kena cucuk jarum di bahagian hujung
jari untuk tahu jenis darah apa tapi kuatkan semangat je haha. Rupanya tak sesakit
seperti mata yang melihat hahah. Selepas dapat tahu keputusan sama ada boleh
menderma atau tak barulah kita akan ke next stesen jeng jeng iaitu menderma
darah untuk satu paket. Alhamdullilah untuk peluang yang diperoleh dan saya
pasti akan menderma lagi sekiranya ada pihak yang menganjur untuk menderma
darah. ‘SATU PAKET MAMPU MENYELAMATKAN TIGA NYAWA” bak kata Aliah. Walaupun
memang seram untuk menderma apatah lagi bila dia nak cucuk jarum tu, tapi
sebenarnya bila dah selesai proses menderma darah akan datangnya satu perasaan
puas yang teramat sangat kerana setidak tidaknya kita tahu darah tersebut akan
disalurkan ke golongan yang amat memerlukan. Jadi, jom sama-sama kita menderma
! ><
No comments:
Post a Comment