Sunday, December 16, 2018

OPERASI KHIDMAT BAKTI

OPERASI KHIDMAT BAKTI - SISWA BERSAMA KOMUNITI, MERINGAN BEBAN MENCURAH BAKTI

Operasi khidmat bakti ini dianjurkan oleh Kolej Aminuddin Baki. Program ini merupakan hasrat pengetua kolej, Dr Suzeren untuk menerapkan nilai khidmat bakti atau bakti siswa dalam kalangan warga aminnudin baki. Secara umumnya, program khidmat bakti merupakan program gotong-royong. Dan bagi dasa pertama, khidmat bakti berfokuskan kepada khidmat untuk membersihkan kawasan surau.Program ini telah diadakan pada hari sabtu bersamaan 15 Disember 2018 yang bermula pada pukul 8 pagi dan selesai dalam sekitar pukul 2 petang.

Kami perlu berkumpul dahulu pada pagi itu di bagian foyer kolej untuk pembahagian kerja. Kami dipecahkan mengikut kumpulan biro. Terdapat 3 surau yang menjadi sasaran kami untuk dibersihkan. Setiap surau akan dibahagikan kepada 3/4 biro untuk satu surau. Kami perlu bergerak ke sana dengan menggunak kenderaan sendiri kerana bas tidak disediakan memandangkan terdapat 3 tempat yang berbeza. Oleh itu, bagi memudahkan gerak kerja, kami menaiki kereta yang sama dengan ahli biro.

biro kebajikan


Sesudah tiba di surau, kami memulakan gerak kerja dengan membahagikan tugas agar dapat membersihkan dengan masa yang lebih singkat. Saya telah melakukan tugas dengan melipat dan menyusun semula telekung dan sejadah agar lebih teratur. Selain itu, menyusun semula buku-buku yang terdapat di surau tersebut. Semua ahli telah melaukan kerja dengan baik dan bekerjasama dalam memastikan surau dalam keadaan baik. Selepas selesai membersihkan surau, kami semua berkumpul semula  surau di seksyen 3 untuk jamuan makan tengah hari dan sesi bergambar.

sebelum

selepas

Walaupun sebegini sangat santai, namun terdapat juga input positif yang boleh diperoleh bukan sahaja kepada diri saya sendiri bahkan saya merasakan semua ahli yang terlibat juga dapat merasai perkara yang sama. Saya berharap saya masih diberi peluang untuk melibatkan diri dalam program sebegini kerana sesungguhnya program sebegini mampu memberikan kepuasan secara natural.

Sunday, December 9, 2018

FESTER - CEMAR

FESTER-CEMAR


FESTER adalah singkatan daripada festival teater. Setiap kolej akan menghantar wakil pasukan untuk melakonkan satu cerita pendek. Saya sudah semestinya menyokong Kolej Aminnudin Baki. Teater bagi Kolej Aminnudin Baki berlangsung pada 9 Disember 2018 bermula pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul kira-kira 10.30 malam. Tiket diperlukan untuk menyaksikan teater ini dan bayaran dikenakan sebanyak RM5 sahaja dan hanya dibuka kepada pelajar UKM.


Kolej Aminuddin Baki membawa cerita yang mengisahkan seorang pemuda yang tersangat tinggi budi bahasanya namun difitnah sehingga ke dimasukkan ke dalam penjara. Selepas tamat sesi hukuman, Azman pulang semula ke rumahnya yang ditinggali oleh adik dan kakaknya. namun begitu, adiknya, Wani tidak menerima kepulangan abangnya kerana dia menyalahkan abangnya yang menyebabkan , dia dan kakaknya terpaksa menanggung malu dan dihina oleh penduduk kampung. Nak dijadikan cerita, Wani berusaha untuk menghancurkan abangnya kerana dendam. Dia meminta pertolongan daripada ramai pihak termasuk sanggup bekerjasama dengan musuh abangnya iaitu, Zaki. Namun begitu, Zaki enggan untuk mengikuti kemahuan Wani yang memintanya untuk membunuh abangnya. Pengakhiran cerita ini, Wani bertekad untuk membunuh sendiri abangnya dengan menghidangkan masakan yang telah dibubuh racun kepada abangnya. Dan akhirnya Azman mati ditangan adiknya dan Wani hampir menjadi gila kerana takut atas kematian abangnya. Kisah begini amat dekat sekali kerana semestinya perkara ini sering berlaku.

Melalui kisah teater ini, pelbagai pengajaran kita dapat perolehi. Sebagai contoh, sikap kesabaran Azman menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Walaupun pada pengakhiran cerita ini agak menyayat hati namun sikap kesabaran yang ditunjukkan dari awal sehingga tamat boleh diapplikasikan dalam kehidupan kita pada masa sekarang. Selain itu, "air dicincang takkan putus" perlulah sepatutnya diamalkan oleh setiap adik-beradik kerana sejahat mana pun seseorang abang,
kakak mahupun adik, mereka tetap sedarah sedaging. Sekiranya mereka menghadapi sesuatu ujian sepatutnya adik-beradik la yang membantu dan tidak sepatutnya membuangnya.

Sesungguhnya cerita pendek ini yang dilakonkan sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya agar sentiasa menghargai orang sekeliling teutamanya adik-beradik. Oleh itu, festival sebegini sangat digalakkan untuk dianjurkan pada setiap tahun kerana sudah pasti cerita yang disampaikan akan terselit pengajaran dak iktibar yang boleh diambil. :)

Thursday, December 6, 2018

PERBARISAN SUKEM- GO KAB GO!



PERBARISAN SUKEM - GO KAB GO !!




Perbarisan sukem antara kolej telah diadakan di stadium UKM. Perbarisan ini diadakan sempena majlis penutupan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM). Saya telah mengambil bahagian dalam perbarisan. Suasana terlalu meriah memandangkan pada malam tersebut juga terdapat perlawanan bola juga sedang berlangsung. Kesemua kolej memakai pakaian yang seragam mengikut kreativiti masing-masing dan mempunyai tema tertentu dengan mewujudkan pelbagai jenis maskot. Sebagai contoh, Kolej Keris Mas yang terkenal dengan Kolej Harimau telah menampilkan maskot harimau dan memakai pakaian seragam berwarna oren. Selain itu, terdapat juga kolej yang mengetengahkan maskot daripada cerita aksi sepeti "super girl'.



Kolej disusun mengikut turutan. Kolej saya iaitu Kolej Aminnudin Baki berada di bahagian pertama dan disusuli oleh kolej lain. Selepas selesai setiap kolej berarak, satu persatu keputusan pemenang sukem untuk setiap sukan yang dipertandingkan diumumkan. Suasana semakin meriah apabila kebanyakkan pertandingan dimenangi oleh kolej Aminuddin Baki. Keputusan yang paling dinantikan adalah juara keseluruhan bagi SUKEM. Dan sudah semestinya juara telah disandang oleh kolej Aminuddin Baki. wuhuuu.


Wednesday, December 5, 2018

ECO HUNT - MENJELAJAH UKM

ECO HUNT- MENJELAJAH UKM >.<

Aktiviti Eco hunt telah diadakan dalam bentuk kumpulan. Aktiviti ini diwajibkan kepada semua pelajar yang mengambil subjek makroekonomi pada semester ini. Aktiviti ini akan menyumbang sebanyak 20 peratus untuk peperiksaan akhir semester. Kumpulan dibahagikan oleh ahli jawatan kuasa dan bukan dipilih sendiri. Setiap kumpulan juga dicampurkan setiap set dan pelajar antarabangsa seperti daripada Indonesia, Korea dan China. Terdapat sebanyak 30 kumpulan dan setiap satu akan mempunyai seramai 10 ahli.

Bersama ahli kumpulan yang terdiri seramai 10 orang ahli >.<


Setiap kumpulan perlu menyelesaikan masalah atau mencari klu dengan menggunakan applikasi HP scanner. Terdapat 20 tempat yang berbeza yang perlu dijelajahi oleh kami dan pada setiap 'check point', setiap ahli perlu mengambil gambar sebagai bukti. Setiap ahli boleh menentukan strategik mengikut idea setiap kumpulan itu sendiri. Masa yang diberikan untuk mencari maklumat dan menyelesaikan jawapan adalah selama lebih kurang 4 jam. Kami perlu mencari maklumat terlebih dahulu dan perlu kembali semula ke FEP untuk mendapatkan soalan yang perlu dijawab dan perlu di hantar untuk melengkapkan tugasan eco hunt. 

Saya merupakan salah seorang ahli daripada kumpulan 3. Kumpulan saya terdiri daripada 7 pelajar tempatan dan 3 pelajar asing iaitu seorang daripada Indonesia dan dua orang lagi daripada China. Kami membuat strategi dengan membahagikan kepada 3 lagi kumpulan kecil untuk mempercepatkan proses pengumpulan maklumat. Saya dan Izzati perlu menyelesaikan 6 check point bersama. Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan apabila ada seorang pensyarah yang berbesar hati untuk menghantar kami ke Fakulti Sains Teknologi dengan mengajak kami menaiki keretanya. Saya sangat berterima kasih kepada beliau >.<. Saya dan Izzati berjalan daripada FEP > FST> kinik kesihatan > Dectar > Panggung Seni > Stadium > Hotel Seri Pujangga> KKM dengan berjalan kaki. Walaupun terasa amat penat kerana aktiviti ini diadakan pada waktu tengah hari bermula dari pukul 2 dan cuaca agak terik namun kami cuba menghabiskan tugasan tersebut.

Bukti gambar di panggung seni


 Selepas selesai mengumpul semua maklumat, kami berkumpul semula di FEP untuk mengumpulkan semua gambar dan seterusnya mendapatkan soalan yang perlu diselesaikan. Walaupun kumpulan kami antara kumpulan yang terlambat tapi kami bersyukur kerana selesai menyelesaikan tugasan walaupun terdapat beberapa konflik antara ahli hahahaha. Sesungguhnya program sebegini sangat menyeronokkan dan mampu memupuk sikap kerjasama antara ahli kumpulan. 


Sunday, December 2, 2018

ASEAN ART FESTIVAL


ASEAN ART FESTIVAL <3

Asean Art Festival merupakan gabungan beberapa bentuk tarian daripada beberapa negara yang dipersembahkan oleh pelajar Universiti para pelajar dari negara Asean seperti China, Vietnam, Korean, Myammar , Thailand,Brunei,Indonesia,Filipina, Kemboja dan Jogjarkarta. Setiap negara mempersembahkan tarian kebudayaan masing-masing. Daripada festival inilah saya dapat mengetahui keunikan tarian di negara Asean ini kerana sememangnya cara tarian, muzik dan penghayatan bagi setiap negara adalah sangat berbeza. seriap tarian yang dipersembahkan mampu memukau setiap penonton yang rata-ratanya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Setiap pelajar perlu membeli tiket yang berharga RM5 setiap satu. Asean Art Festival ini juga dibuka kepada orang awam untuk menyaksikannya namun bayaran yang dikenakan adalah berbeza iaitu mereka perlu membayar wang berjumlah RM10. Namun begitu, terdapat kelebihan kepada pelajar citra kebudayaan kerana mereka dapat menyaksikan festival secara percuma. Setiap pelajar citra kebudayaan wajib untuk menyaksikan persembahan ini kerana mereka perlu membuat laporan daripada festival ini.

Persembahan ini bermula daripada pukul 8 malam sehingga 11 malam. Penutup bagi festival ini amat mempersonakan kerana semua pasukan negara berada di ruangan pentas dan menari bersama dengan iringan muzik yang menggunakan bahasa kebangsaan. Sesungguhnya ini sebuah pengalaman yang menyeronokkan.

ASSIGNMENT DIDAHULUKAN, BMART DIUTAMAKAN


ASSIGNMENT DIDAHULUKAN, BMART DIUTAMAKAN

Di kolej Aminuddin Baki, saya merupakan salah seorang ahli Kelab Keusahawanan 18/19. Setiap ahli kelab perlu menjaga kedai runcit beserta fotostat. Walaupun kami seakan-akan bekerja namun setiap ahli masih diberi ruang untuk membuat assignment mahupun belajar sewaktu bertugas. Jadual telah disediakan berdasarkan jadual kelas masing-masing dan setiap ahli akan bertugas sebanyak 4 jam untuk satu minggu. Namun begitu, pada waktu hujung minggu, setiap ahli boleh memilih untuk bertugas mahupun tidak dengan mengisi nama di ruang duty hujung minggu. Pada hari biasa, bmart akan dibuka pada pukul 9pagi-12 malam. Namun kedai akan ditutup pada pukul 7malam-8malam. Manakala pada hujung minggu, hari sabtu akan beroperasi seperti biasa manakala pada hari ahad, bmart hanya dibuka pada waktu malam iaitu 8malam-10malam.

Setiap barangan yang dijual di dalam kedai runcit kebanyakkannya makanan ruji para pelajar seperti maggi, roti dan keropok. Harga yang ditetapkan adalah berpatutan begitu juga dengan kedai fotostat yang hanya mengenakan harga bagi setiap perkhidmatan fotostat dengan murah. Pelanggan yang hadir rata-rata adalah pelajar kolej Aminnudin Baki itu sendiri. 

Assignment didahulukan, Bmart diutamakan :)


Saya berasa bertuah kerana terpilih sebagai ahli kelab ini kerana sememangnya terdapat banyak kebaikan yang saya perolehi. Salah satunya saya dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang ramai. :)



Thursday, November 29, 2018

HARI PERBARISAN


HARI PERBARISAN
Hari perbarisan ini disertai oleh kesemua kolej UKM. Setiap kolej perlu membuat perbarisan serta menunjukkan tarian mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan tema "SAYANGI MALAYSIAKU".Setiap kolej mempersembahkan tarian yang memukau. Setiap pergerakan tarian yang ditunjukkan mempunyai maksud tersirat kepada pelajar agar menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu tidak mengira agama mahupun bangsa. Setiap Kolej membuat tarian yang kebanyakkannya menggabungkan tarian kesemua kaum bukan sahaja melayu, india dan cina bahkan turut mempersembahkan tarian kaum kadazan dan sebagainya. Semangat yang dipersembahkan dalam tarian mampu menyampaikan aura semangat patriotism kepada semua yang melihatnya. Alhamdullilah Kolej saya iaitu Aminnudin Baki berjaya mendapat hadiah tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 beserta trofi.



Wednesday, November 28, 2018

FUN RUN

FUN RUN <3

Ini merupakan kali pertama saya menyertai acara larian sebegini. Acara ini dianjurkan oleh pihak UKM. Para peserta boleh memilih sama ada untuk menyertai larian bagi 5 km atau pun 10 km. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 25 bagi 5km manakala RM 50 bagi 10 km untuk orang awam. Bagi pelajar UKM akan mendapat harga yang lebih berpatutan. Setiap peserta akan memperoleh sijil penyertaan beserta pingat.

Saya memilih untuk menyertai 10 km. Pengalaman yang sukar untuk digambarkan bagi menghabiskan larian sejauh 10km. walaupun kepenatan ty tak dapat dibendung, tetapi apabila sampai je kat garisan penamat sebuah perasaan susah nak gambarkan betapa seronoknya dan semestinya puas! walaupun menjadi salah seorang peseta yang paling lambat sampai, saya tetap berasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya menamatkan larian ><.

Seperi yang diberitahu, acara ini bukan sahaj dibuka peluang kepada pelajar UKmM sahaja malahan terbuka juga kepada orang awam. Terdapat juga golongan kanak-kanak yang menyertai larian ini. Oleh itu, ini menyebabkan saya tidak berputus asa untuk menamatkan larian kerana golongan kecil ini lebih bersemangat membuatkan saya pun bersemangat saya pun bersemangat hahaha. Alhamdullilah untuk pengalaman yang diperoleh. Semoga saya mempunyai peluang di lain masa untuk menyertai program larian sebegini yang sememangnya mempunyai 1001 kebaikan.



SATU PAKET MAMPU MENYELAMATKAN TIGA NYAWA


MINGGU MENDERMA DARAH. MENDERMA KOMUNITI 2018/2019.

Ini merupakan pengalaman yang cukup berharga buat diri saya sendiri kerana berjaya menjadi salah seorang penderma darah. Pada mulanya, saya agak takut untuk menderma kerana takut tengok darah dan takut sakit haha. Tapi bila ada kawan yang nak menderma jadi saya pun bersemangat nak menderma sekali. Memula memang rasa mengigil juga bila nak kena cucuk jarum di bahagian hujung jari untuk tahu jenis darah apa tapi kuatkan semangat je haha. Rupanya tak sesakit seperti mata yang melihat hahah. Selepas dapat tahu keputusan sama ada boleh menderma atau tak barulah kita akan ke next stesen jeng jeng iaitu menderma darah untuk satu paket. Alhamdullilah untuk peluang yang diperoleh dan saya pasti akan menderma lagi sekiranya ada pihak yang menganjur untuk menderma darah. ‘SATU PAKET MAMPU MENYELAMATKAN TIGA NYAWA” bak kata Aliah. Walaupun memang seram untuk menderma apatah lagi bila dia nak cucuk jarum tu, tapi sebenarnya bila dah selesai proses menderma darah akan datangnya satu perasaan puas yang teramat sangat kerana setidak tidaknya kita tahu darah tersebut akan disalurkan ke golongan yang amat memerlukan. Jadi, jom sama-sama kita menderma ! ><

Sunday, November 25, 2018

TEDUHAN KASIH


TEDUHAN KASIH
Rumah Bakti Nur Ain Selangor. Rumah yang menempatkan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa yang berumur sekitar 4 tahun hingga 17 tahun. Perasaan yang susah untuk digambarkan. Rasa sedih, bersyukur, gembira semua dikisar menjadi satu. Sedih melihat mereka yang masih kecil terpaksa hidup berdikari terutama bagi kanak-kanak yang baru berumur 4 tahun yang masih memerlukan perhatian dan ingin dimanja sepenuhnya oleh insan yang bergelar ibu dan ayah. Namun, tak semua mempunyai nasib yang berbeza dan pasti setiap apa yang berlaku mempunyai hikmah yang telah tertulis. Bersyukur. Saya dapat belajar untuk bersyukur kerana masih mempunyai nikmat yang paling berharga di dunia. Mempunyai seorang ibu dan seorang bapa yang sentiasa prihatin walaupun sudah menjangkau usia 20 an. Alhamdullilah. Gembira. Gembira melihat mereka tertawa. Gembira melihat mereka tersenyum ria. Walaupun pastinya di belakangnya perit untuk menyimpan rindu tapi Alhamdullilah mereka masih bergembira. Itu cukup membuat saya gembira melihatnya.



Semasa di rumah tersebut, kami telah mengadakan beberapa aktiviti yang boleh memberi kegembiraan kepada mereka. Tapi sebelum itu, kami telah mengadakan sesi kenal-kenalan dan seterusnya dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti yang dianjurkan. Selepas tamat menjalankan beberapa permainan bersama mereka, kami mendakan sesi merapatkan ukhuwah antara ahli kumpulan dengan anak di rumah Bakti tersebut. Selepas selesai aktiviti yang menyeronokkan, kami yang merupakan mahasiswa ukm diberi tugasan secara kumpulan untuk membersihkan kawasan sekitar di rumah bakti tersebut. Selpas selesai melakukan aktiviti sukarelawan pembersihan, kami dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari sebelum pulang semula ke ukm.

Terdapat satu kanak-kanak yang bernama Syamir. Berumur 8 tahun. Kampung di Johor tapi dihantar tinggal di Rumah Bakti Nur Ain. Sendirian. Dulu saya waktu di matrik pun boleh dikatakan sering kali menangis walaupun rumah tak la jauh mana tapi tetap nangis. Inikan pula budak yang berusia 8 tahun yang terpaksa bersendirian tanpa adanya ahli keluarga. Dia kuat dan sangat kuat. Semoga menjadi anak yang soleh dan dapat berpegang tangan dengan ibu bapa menuju ke syurga.

Program sebegini saya memberi impak yang positif kepada diri sendiri terutamnya. Saya berharap saya masih dapat diberi peluang untuk menyertai program sebegini.



Friday, November 16, 2018

HARI KEUSAHAWANAN 18/19

HARI KEUSAHAWANAN KOLEJ AMINNUDIN BAKI 18/19

Hari keusahawan kolej Aminuddin Baki telah dijalankan selama 4 hari bermula pada hari isnin (12/11/18) sehingga khamis (15/11/18). Hari keusahawanan ini telah dikendalikan oleh biro keusahawanan. Setiap biro perlu menjalankan jualan mengikut kreativiti masing-masing bagi menarik minat para pelanggan untuk membeli. Saya merupakan biro kebajikan yang bermotokan "kebajikan anda keutamaan kami". Kami bersepakat untuk menjual "yong tau fu", "roti obesiti" dan "ice blended". Kami perlu membuat sendiri kuah bagi yong tau fu. walaupun tak berpengalaman tapi kami tetap cuba hahaha. Pada hari pertama jualan, kuah yong tau fu agak masin dan terdapat beberapa pelanggan membuat aduan dan salah sorang pelanggan tersebut merupakan ahli biro kami hahaha. Melalui program ini kami dapat merapatkan hubungan antara ahli biro walaupun kami berbeza kos dan fakulti.

Walaupun penat kerana selepas kelas akan terus ke kedai untuk menjual namun ini adalah antara pengalaman yang paling menyeronokkan kerana memasing menjalankan peranan masing masing. Aktiviti menjual bagi hari keusahawanan ini bermula pada pukul 5 petang sehingga 11 malam. Walaupun pelanggan yang membeli rata-rata adalah pelajar dari kolej Aminnudin Baki itu sendiri, namun jualan tetap memberangsangkan.

Pada hari terakhir kemuncak program ini, rata-rata biro meriah dengan suara-suara untuk menarik pelanggan bagi menghabiskan jualan masing-masing. Pada malam itu juga, ada beberapa persembahan penutupan seperti dikir barat dan ucapan daripada pengetua kolej. Dan pada malam ini kedai ditutup lewat daripada biasa. Alhamdullilah ini merupakan satu pengalaman yang seronok untuk diceritakan.








OPERASI KHIDMAT BAKTI

OPERASI KHIDMAT BAKTI - SISWA BERSAMA KOMUNITI, MERINGAN BEBAN MENCURAH BAKTI Operasi khidmat bakti ini dianjurkan oleh Kolej Aminuddin...